Wednesday, November 24, 2010

Selamat Hari Lahir Aimi




Mama..nak kek..26hb November 2010 hari jadi aimi...


Nah..kek besor mama beli di http://www.enakrasakek.blogspot.com/. Makan dengan cikgu dan kawan-kawan ya. :)


Hubungi Bibi

Nak hubungi bibi? Dipersilakan:
Terima kasih.

Monday, November 15, 2010

Kak Wan di mataku...

Kak Wan...selembut namanya, begitulah lembut orangnya. Teman, sahabat paling rapat di pejabat, juga penasihat terbaikku, baik dalam kerjaya mahupun rumahtangga, jua ibu dan kakak yang penyayang dan prihatin kepada kami adik-adik pekerja junior. Pesanan ringkas ‘sms’ Nany pada 31hb Oktober 2010, amat meruntun hati dan perasaan..terus laju air mataku tanpa dapat ditahan-tahan.

Bila diingat, pada 15 Oktober 2010, hari terakhir Kak Wan sebelum bercuti, pada petangnya sempat aku bertemu dengan arwah suaminya yang kebetulan naik menuju mungkin ke Koperasi. Di depan kaunter pengawal, sempat aku menegur, mengucapkan selamat pergi dan selamat kembali. Beliau tersenyum dan mengiakan sambil mengangguk-angguk.

Kini, bila teringat saja Kak Wan, terus sebak dan bergenang air mata. Teringat kembali, Kak Wan agak kesuntukan masa untuk bersiap ke Tanah Suci memandangkan keputusan rayuan yang diterima agak lewat. Banyak urusan yang perlu diselesaikan dalam jangkamasa waktu yang terhad. Namun syukur, segalanya berjalan lancar.

Teringat kembali, bila bercerita Kak Wan merancang untuk belajar agama di mana-mana masjid bersama selepas pencen nanti. Kebetulan pencen sama, tahun depan (2011). Sungguh murni niat itu, namun takdir Allah... Dia pergi dahulu..dalam keadaan yang mulia dan baik..syukur Alhamdulillah.

Teringat juga, Kak Wan tidak boleh memandu, pastinya selepas ini akan datang kerja menaiki bas...agak memenatkan juga baginya. Semoga Allah tentukan sesuatu yang memudahkannya untuk datang ke pejabat.

Satu, sikap Kak Wan, yang amat sukar untuk aku sendiri contohi, suka bersedekah... baik wang ringgit, makanan, masa, tenaga, mahupun hasil kerja...sepanjang bersahabat dengannya tidak pernah aku berkecil hati dengannya, mungkin disebabkan perbezaan umur atau aku pasti disebabkan sikapnya yang merendah diri, penyayang, pemaaf...tidak ketinggalan kawan-kawan seangkatan dengannya...Kak In dan Hajah Kak Ros...

Di sini suka untuk ku petik coretan saudara untuk tatapan dan renungan pada masa akan datang:

Kembali ke rahmatullah semasa tawaf Umrah pusingan ketiga
almakki | October 31, 2010 | 10:15 pm

Ucapan syukur dan bertuah yang keluar dari mulutku apabila mendengar berita seorang jemaah tabung haji travel kembali ke rahmatullah semasa tawaf umrah pusingan ketiga awal pagi Ahad 31 oktober semalam.

Beliau sangat beruntung dan sangat bertuah. Tidak dapat mati SYAHID di jalan Allah, tapi di pilih oleh Allah untuk meninggalkan bumi ini semasa UMRAH dan di dalam Masjidil Haram. Dan yang lebih utama di kawasan Kaabah Al Musyarrafah, di kawasan ‘EMAS 1.618′ – pusat bumi.

Beliau beralamat di Seri Kembangan, Serdang datang ke Mekah dengan KT 44 dan tiba di Mekah malam 31 Oktober 2010 Sabtu malam Ahad dari Madinah Al Munawwarah.

Nama jemaah yang bertuah ini ialah Borhan Bin Othman. berumur 54 tahun. Beliau meninggalkan seorang isteri Wan Salhah bt Megat Ahmad.

Pengurus Maktab 98, Tuan Haji Azlan Haron yang menguruskan jenazah beliau dari Masjidil Haram ke Hospital Syishah dan terus ke Masjid Jamik Tauhid untuk di mandikan berkata,”Allahyarham jatuh semasa tawaf pusingan ke 3″.

Ini terbukti semasa penulis mengiring jenazah dari Masjidil Haram selepas di solatkan selepas solat Asar ke perkuburan Syarayik, wajah beliau tidak di tutup. Allahyarham hanya di kafankan dengan kain ihram beliau dan di biarkan wajah beliau terbuka. Ini menandakan beliau telah mendapat SYAHID kecil kerana meninggala semasa di dalam IHRAM.

Semasa penulis menyambut allahyarham di dalam liang lahad atau di dalam kubur, wajah beliau seperti tersenyum lebar. Hingga sekarang saya masih terbayang senyuman beliau. Alhamdulillah semoga beliau di tempatkan di syurga bersama Rasululllah SAW.

Doakan semoga kita semua dapat mati syahid yang sebenar. Kalau tak dapat, berilah kami seperti Allahyarham Borhan Bin Othman ini.

Semoga apa yang ditulis oleh saudara di http://almakki.com.my dapat dijadikan contoh dan panduan bagi kita yang masih ada hayat ini. Moga-moga jua kita semua beroleh rahmat dariNya dan mati dalam keimanan. Ameen.