Friday, December 31, 2010

MEMORI orientasi anak sulung

nak upload gambar..bateri pula takde...memory card reader? oh ada orang pinjam..jadi..tungguu saja..

31.12.2010 ..dah diisytihar cuti umum sempena Malaysia menang main bola tapi dek kerana dah tiada tarikh lain maka Guru Besar terpaksa teruskan juga orientasi ni.

Alahai, terlambat pula sampai sekolah (9.00 pagi) walau dekat sekangkang kera...macam2 nak buat..yang melambatkan sebab nak fotostat sijil imunisasi..macam mana boleh terlepas pandang..arghhh. Taklimat dah sampai ke penghujung.

Erm..bersambung di lain waktu.(tak ada mood sebab gambar semua 'hilang', aimi main kamera, entah apa diusiknya, arghhhh terus hilang mood). :(

Tuesday, December 28, 2010

E-book hasil karya wanita

Ini kali kedua linncomel menghasilkan e-book. Penulis e-book wanita pertama di Malaysia yang saya kagumi. Kali ni pasal Magnet Duit. Memang berbaloi-baloi untuk dimiliki.

Sebelum ni banyak juga e-book mahupun buku fizikal tentang panduan pengurusan kewangan namun kadang2 bila terlalu teori sukar pula nak praktik tambah2 orang biasa macam kita yang tak belajar ekonomi.

Apa pun, jom tengok Magnet Duit. Moga beri manfaat buat kita semua. InsyaAllah

Tuesday, December 14, 2010

Nasi Ambeng

Alhamdulillah, jamuan kesyukuran, kenduri arwah dan doa selamat telah diadakan dengan jayanya pagi tadi bermenukan 'Nasi Ambeng'.

Hmm..bila digoogle..macam2 ada rupa Nasi Ambeng ni:




Wednesday, November 24, 2010

Selamat Hari Lahir Aimi




Mama..nak kek..26hb November 2010 hari jadi aimi...


Nah..kek besor mama beli di http://www.enakrasakek.blogspot.com/. Makan dengan cikgu dan kawan-kawan ya. :)


Hubungi Bibi

Nak hubungi bibi? Dipersilakan:
Terima kasih.

Monday, November 15, 2010

Kak Wan di mataku...

Kak Wan...selembut namanya, begitulah lembut orangnya. Teman, sahabat paling rapat di pejabat, juga penasihat terbaikku, baik dalam kerjaya mahupun rumahtangga, jua ibu dan kakak yang penyayang dan prihatin kepada kami adik-adik pekerja junior. Pesanan ringkas ‘sms’ Nany pada 31hb Oktober 2010, amat meruntun hati dan perasaan..terus laju air mataku tanpa dapat ditahan-tahan.

Bila diingat, pada 15 Oktober 2010, hari terakhir Kak Wan sebelum bercuti, pada petangnya sempat aku bertemu dengan arwah suaminya yang kebetulan naik menuju mungkin ke Koperasi. Di depan kaunter pengawal, sempat aku menegur, mengucapkan selamat pergi dan selamat kembali. Beliau tersenyum dan mengiakan sambil mengangguk-angguk.

Kini, bila teringat saja Kak Wan, terus sebak dan bergenang air mata. Teringat kembali, Kak Wan agak kesuntukan masa untuk bersiap ke Tanah Suci memandangkan keputusan rayuan yang diterima agak lewat. Banyak urusan yang perlu diselesaikan dalam jangkamasa waktu yang terhad. Namun syukur, segalanya berjalan lancar.

Teringat kembali, bila bercerita Kak Wan merancang untuk belajar agama di mana-mana masjid bersama selepas pencen nanti. Kebetulan pencen sama, tahun depan (2011). Sungguh murni niat itu, namun takdir Allah... Dia pergi dahulu..dalam keadaan yang mulia dan baik..syukur Alhamdulillah.

Teringat juga, Kak Wan tidak boleh memandu, pastinya selepas ini akan datang kerja menaiki bas...agak memenatkan juga baginya. Semoga Allah tentukan sesuatu yang memudahkannya untuk datang ke pejabat.

Satu, sikap Kak Wan, yang amat sukar untuk aku sendiri contohi, suka bersedekah... baik wang ringgit, makanan, masa, tenaga, mahupun hasil kerja...sepanjang bersahabat dengannya tidak pernah aku berkecil hati dengannya, mungkin disebabkan perbezaan umur atau aku pasti disebabkan sikapnya yang merendah diri, penyayang, pemaaf...tidak ketinggalan kawan-kawan seangkatan dengannya...Kak In dan Hajah Kak Ros...

Di sini suka untuk ku petik coretan saudara untuk tatapan dan renungan pada masa akan datang:

Kembali ke rahmatullah semasa tawaf Umrah pusingan ketiga
almakki | October 31, 2010 | 10:15 pm

Ucapan syukur dan bertuah yang keluar dari mulutku apabila mendengar berita seorang jemaah tabung haji travel kembali ke rahmatullah semasa tawaf umrah pusingan ketiga awal pagi Ahad 31 oktober semalam.

Beliau sangat beruntung dan sangat bertuah. Tidak dapat mati SYAHID di jalan Allah, tapi di pilih oleh Allah untuk meninggalkan bumi ini semasa UMRAH dan di dalam Masjidil Haram. Dan yang lebih utama di kawasan Kaabah Al Musyarrafah, di kawasan ‘EMAS 1.618′ – pusat bumi.

Beliau beralamat di Seri Kembangan, Serdang datang ke Mekah dengan KT 44 dan tiba di Mekah malam 31 Oktober 2010 Sabtu malam Ahad dari Madinah Al Munawwarah.

Nama jemaah yang bertuah ini ialah Borhan Bin Othman. berumur 54 tahun. Beliau meninggalkan seorang isteri Wan Salhah bt Megat Ahmad.

Pengurus Maktab 98, Tuan Haji Azlan Haron yang menguruskan jenazah beliau dari Masjidil Haram ke Hospital Syishah dan terus ke Masjid Jamik Tauhid untuk di mandikan berkata,”Allahyarham jatuh semasa tawaf pusingan ke 3″.

Ini terbukti semasa penulis mengiring jenazah dari Masjidil Haram selepas di solatkan selepas solat Asar ke perkuburan Syarayik, wajah beliau tidak di tutup. Allahyarham hanya di kafankan dengan kain ihram beliau dan di biarkan wajah beliau terbuka. Ini menandakan beliau telah mendapat SYAHID kecil kerana meninggala semasa di dalam IHRAM.

Semasa penulis menyambut allahyarham di dalam liang lahad atau di dalam kubur, wajah beliau seperti tersenyum lebar. Hingga sekarang saya masih terbayang senyuman beliau. Alhamdulillah semoga beliau di tempatkan di syurga bersama Rasululllah SAW.

Doakan semoga kita semua dapat mati syahid yang sebenar. Kalau tak dapat, berilah kami seperti Allahyarham Borhan Bin Othman ini.

Semoga apa yang ditulis oleh saudara di http://almakki.com.my dapat dijadikan contoh dan panduan bagi kita yang masih ada hayat ini. Moga-moga jua kita semua beroleh rahmat dariNya dan mati dalam keimanan. Ameen.

Saturday, October 16, 2010

Bukan Sekadar Simpati (5)

Jika diamati, ini kali @ siri kelima judul ini dicoretkan. (bole baca coretan sebelum2 ni yang bermula pada tahun 2008)

Petang tadi, dengan izinNya sempat menziarah beliau yang dimaksudkan di PPUM. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Apabila dihulurkan wang sumbangan oleh hamba Allah, beliau seolah2 berat mahu menerimanya, malah katanya buat apalah susah2, apa yang diimpikannya kini hanya sebuah keSIHATan....tidak perlu lagi televisyen, tidak perlu lagi itu ini....cuma kali ni ada sedikit perubahan bila mana selera makannya agak tinggi....makan apa saja yang dihidangkan...walau dalam hati kecilnya amat rindukan pejabat dan kerjaya yang dicintai, namun penamatan kontrak pada 14 September 2010 lepas serta tiada sebarang keputusan samada ditawarkan ke jawatan sambilan atau tidak, sudah cukup melukakan dan meremukkan jiwa raganya...apa lagi yang dapat menguatkan semangatnya..apa lagi yang dapat membahagiakannya ...selain daripada...ya amat tepat sekali seperti kata2nya..hanya kesihatan sahaja yang dapat mengubat dan mengubah segalanya.

Walaupun air mata jernih bergenang semasa beliau nyatakan hasrat untuk segera sembuh, namun terpacul juga kata2 bahawa jika sembuh pun pasti tidak sesempurna sebelum ini, mungkin bertongkat....begitu sayu memandangnya...hampir tiada kata2 untuk menenangkannya...

Kali ini ayah yang tersayang telah berpesan agar tidak dihebohkan kemasukan ke wad (sejak 13 Oktober)...mungkin disebabkan terlalu kerap sakit dan masuk wad, sehingga ayahnya berpesan begitu agar tidak menyusahkan sesiapa...namun pesan saya..datanglah menziarah orang yang sakit...ia sedikit sebanyak menginsafkan kita, jua membuatkan kita lebih menghargai sebuah kesihatan (rezeki yang tidak terhingga dariNya).

Kami beredar setelah dua jururawat datang untuk menukar kain lampin buang...sama2 kita doakan sahabat kita yang dalam kesakitan dan ujianNya ini agar cepat sembuh dan dapat menyambung kerjaya yang dicintai. Ameen.

Sunday, July 25, 2010

Cinta dan Penyatuan


wah2..masa bercinta alangkah indahnya...macam Jack dan Rose (Titanic)...


Masa cinta bersatu..mak aii..indahnya alam ini...

Namun, cinta hakiki?...tentu tidak lain tidak bukan..cinta kepadaMu..Ya Allah..Maha Pencipta!

p/s Dapatkan Ebook Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol.4 (http://www.fuadlatip.com/v1/)- PERCUMA

Saturday, March 20, 2010

Kecantikan


Kecantikan suatu yang subjektif. Semoga apa yang ada sekeliling kita cantik dan indah.

Tuesday, March 16, 2010

Lawatan Tadika Prihatin

Seronok sakan anak-anak sertai lawatan Tadika mereka. Aktiviti tahunan yang wajib. Dengan bayaran yang berpatutan dan beberapa tempat lawatan menarik, moga-moga ia membawa seribu keriangan dan pengalaman berharga buat warga tadika prihatin. InsyaAllah.

Saturday, March 6, 2010

KUNCI KEJAYAAN NAPOLEON HILL


Alhamdulillah, 28 Februari 2010 dapat tamatkan buku KUNCI KEJAYAAN NAPOLEON HILL, terbitan Golden Books Centre Sdn Bhd. Dibeli pada 22 Februari 2010, sebenarnya mencari Think and grow rich karya Napoleon Hill, tapi bila ternampak judul ni, kira ok juga la. Pada 26 Februari 2010 sempat muat turun e-book percuma Think and grow rich karya asal yang dah jadi public domain di http://think-and-grow-rich-ebook.com.

Amat tertarik dengan tip yang diberikan pada halaman 229, iaitu pengurusan masa sewaktu bekerja. Disarankan 2 perkara:


1) Menetapkan keutamaan tugas anda

[Kertas 1 - Senaraikan perkara yang perlu lakukan pada hari ini, minggu ini dan bulan ini.

Kertas 2 - Bahagikan kertas kepada 4 bahagian – ‘Mustahak dan Segera’, ‘Mustahak Tetapi Tidak Segera’, ‘Tidak Mustahak tetapi Segera’ dan ‘Tidak Mustahak dan Tidak Segera’]


2) Mengendalikan kertas

Ada 2 jenis kertas; Penting dan yang Tidak Perlu. Buang kertas yg tidak perlu. Jika sibuk, buat satu tanda titik sudut atas kertas, lain kali buat satu titik lagi, akan nampak berapa kerap kendalikan kertas yg sama lagi dan anda akan didorong untuk selesaikannya.

Bercakap pasal masa, teringat e-book Dr Irfan Khairi, Laporan X:
DEMI MASA Strategi Menjimatkan 80% dari Masa Anda
, harganya RM20.00 sahaja. Boleh didapati di
http://www.irfankhairi.com/laporanX.

Juga rasa teruja bab pembahagian hari...kita mempunyai 24 jam sehari:

1) 8 jam – tidur (maknanya kalau tidur 9 mlm, bangun 5 pagi...)

2) 8 jam – bekerja

3) 8 jam – waktu lapang

[* 1 jam – fikirkan perkara2 – rancangan/tujuan utama yang pasti; hubungan dgn Tuhan/rasa syukur dgn rahmat yg diperoleh; analisis diri; cara tingkatkan keharmonian dlm semua hubungan; perkara2 yg diingini]

[* 2 jam – bekerja lebih utk komuniti; pasangan; keluarga - tanpa harap ganjaran]

[* 1 jam – belajar dan membaca]

[* 1 jam – Berhubung dengan Pakatan Perancang (nak tau lebih lanjut baca buku) atau kawan2 rapat]

[* 3 jam – Relaks; rekreasi; senam dan lain2 yg perlu]

Juga apa yang terpenting dikongsikan TUJUH BELAS PRINSIP KEJAYAAN:

1.Membina KEPASTIAN TUJUAN-dengan PMA

PMA ialah singkatan untuk ‘sikap mental yang positif’

APA JUA YANG MINDA ANDA BOLEH FIKIRKAN DAN PERCAYA,ANDA BOLEH MENCAPAINYA-APABILA ANDA MEMPUNYAI PMA DAN MENGGUNAKANNYA.


2.Menubuhkan Pakatan Perancang-dengan PMA


3.Membina Personaliti yang Menarik-dengan PMA

LAKUKAN KEPADA ORANG LAIN SEPERTI YANG ANDA MAHU ORANG LAIN LAKUKAN KEPADA ANDA.


4.Menggunakan KEPERCAYAAN GUNAAN-dengan PMA

SEMBAHYANG DAN DOA IALAH KUASA ANDA YANG PALING KUAT!


5.BEKERJA LEBIH-dengan PMA

JADIKAN BEKERJA LEBIH DENGAN PMA SATU TABIAT!


6.Membina INISIATIF PERIBADI-dengan PMA

JADIKAN ORANG YANG BERDAYA USAHA SENDIRI.LAKUKANNYA SEKARANG!


7.Membina SIKAP MENTAL YANG POSITIF

KEKALKAN SIKAP MENTAL YANG BETUL-SIKAP MENTAL YANG POSITIF


8.Mengawal Keghairahan Anda-dengan PMA

UNTUK JADIKAN GHAIRAH...BERTINDAKLAH DENGAN GHAIRAH!


9.Mengukuhkan DISIPLIN DIRI-dengan PMA

ARAHKAN PEMIKIRAN ANDA,KAWAL EMOSI ANDA,TENTUKAN NASIB ANDA DENGAN PMA


10.BERFIKIR DENGAN TEPAT-dengan PMA

KEBENARAN TETAP KEBENARAN TANPA MEMPEDULIKAN FIKIRAN YANG TERTUTUP,KEJAHILAN,ATAU ENGGAN MEMPERCAYAI


11.Mengawal PERHATIAN ANDA-dengan PMA

TUMPUKAN FIKIRAN ANDA PADA PERKARA YANG ANDA INGIN DAN ELAKKAN DARIPADA MEMIKIRKAN PERKARA YANG ANDA TIDAK INGIN


12.Mengilhami KERJA BERPASUKAN-dengan PMA

APA YANG ANDA KONGSIKAN AKAN BERGANDA,APA YANG ANDA ENGGAN BERIKAN AKAN BERKURANG.


13.Belajar daripada KESUSAHAN DAN KEKALAHAN-dengan PMA

PERKARA TERBURUK YANG MENIMPA ANDA MUNGKIN MERUPAKAN PERKARA TERBAIK YANG BOLEH BERLAKU KEPADA ANDA JIKA ANDA TIDAK MEMBIARKANNYA MENEWASKAN ANDA


14.Memupuk WAWASAN KREATIF-dengan PMA

APA YANG BOLEH DIFIKIRAN BOLEH DICIPTA-DENGAN PMA.


15.Mengekalkan KESIHATAN YANG TERBAIK-dengan PMA

SAYA BERASA SIHAT!SAYA BERASA GEMBIRA!SAYA BERASA HEBAT!

16.Merancang MASA DAN WANG Anda-dengan PMA

ANDA TIDAK SELALU MENDAPAT APA YANG ANDA HARAPKAN KECUALI ANDA MENYELIDIKI-DENGAN PMA


17.Menggunakan TABIAT KOSMOS-dengan PMA

SEMAIKAN TINDAKAN,DAN ANDA TUAI TABIAT.SEMAIKAN TABIAT,DAN ANDA TUAI WATAK.SEMAIKAN WATAK,DAN ANDA TUAI NASIB.

Sekadar berkongsi.