Saturday, October 16, 2010

Bukan Sekadar Simpati (5)

Jika diamati, ini kali @ siri kelima judul ini dicoretkan. (bole baca coretan sebelum2 ni yang bermula pada tahun 2008)

Petang tadi, dengan izinNya sempat menziarah beliau yang dimaksudkan di PPUM. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Apabila dihulurkan wang sumbangan oleh hamba Allah, beliau seolah2 berat mahu menerimanya, malah katanya buat apalah susah2, apa yang diimpikannya kini hanya sebuah keSIHATan....tidak perlu lagi televisyen, tidak perlu lagi itu ini....cuma kali ni ada sedikit perubahan bila mana selera makannya agak tinggi....makan apa saja yang dihidangkan...walau dalam hati kecilnya amat rindukan pejabat dan kerjaya yang dicintai, namun penamatan kontrak pada 14 September 2010 lepas serta tiada sebarang keputusan samada ditawarkan ke jawatan sambilan atau tidak, sudah cukup melukakan dan meremukkan jiwa raganya...apa lagi yang dapat menguatkan semangatnya..apa lagi yang dapat membahagiakannya ...selain daripada...ya amat tepat sekali seperti kata2nya..hanya kesihatan sahaja yang dapat mengubat dan mengubah segalanya.

Walaupun air mata jernih bergenang semasa beliau nyatakan hasrat untuk segera sembuh, namun terpacul juga kata2 bahawa jika sembuh pun pasti tidak sesempurna sebelum ini, mungkin bertongkat....begitu sayu memandangnya...hampir tiada kata2 untuk menenangkannya...

Kali ini ayah yang tersayang telah berpesan agar tidak dihebohkan kemasukan ke wad (sejak 13 Oktober)...mungkin disebabkan terlalu kerap sakit dan masuk wad, sehingga ayahnya berpesan begitu agar tidak menyusahkan sesiapa...namun pesan saya..datanglah menziarah orang yang sakit...ia sedikit sebanyak menginsafkan kita, jua membuatkan kita lebih menghargai sebuah kesihatan (rezeki yang tidak terhingga dariNya).

Kami beredar setelah dua jururawat datang untuk menukar kain lampin buang...sama2 kita doakan sahabat kita yang dalam kesakitan dan ujianNya ini agar cepat sembuh dan dapat menyambung kerjaya yang dicintai. Ameen.

2 comments:

kak in said...

..sebak rasa di dada baca posting bit kali ni...apatah lagi saat berhadapan dgn empunya diri, melihat serta turut dpt merasai keperitan dan kepayahan yg ditanggung! mmg amat meruntun hati dan perasaan...lebih memilu melihat wajah ayah yg saban hari menjaganya dgn kudrat yg tak seberapa...tapi itulah hakikatnya...berderai2 airmata kak in tak tertahan melihat serta mengenangnya semasa ke rumahnya tempoh hari...semoga shuk dan kga tabah menghadapinya dan sama2 kita doakan segala yg terbaik untuknya....amin!

bibi said...

Semasa kita sihat ni..ingat2 la akan kesakitan dan kematian...supaya menginsafkan kita..juga membuatkan kita bersyukur atas kesihatan yang diberikanNya..