Alhamdulillah, syukur ke hadratNya, dengan izinNya, blog ini dapat dikemaskini setelah sekian lama. Tiada apa yang lebih nikmat daripada membaca dan menulis. Tentang apa saja, apa yang sedia tahu atau yang belum tahu.
Syukur, Allah beri kesihatan yang baik, dapat lakukan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.Syukur, Allah kurniakan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni, anak-anak yang sihat dan comel, penghibur hati dan pembakar semangat.
Syukur, Allah anugerahkan rasa kecintaan dan keimanan kepadaNya....bukan sehari dua ia dinanti dan diraih, moga-moga Allah jua berikan kekuatan dan istiqamah...ameen.
Sunday, May 24, 2009
Saturday, September 13, 2008
Bukan Sekadar Simpati (4)
Alhamdulillah, berkat bulan yang mulia ini, ada perkhabaran baik buat Shuk.
Petang Jumaat, dapat berita bahawa kontrak kerja Shuk disambung bagi tempoh setahun, berkatkuasa Isnin 15.9.2008 . Sebenarnya sebelum tu dah tahu, sebab kebetulan semasa masuk bilik bos, terpandang surat sambung kontrak tu, tapi diamkan saja almaklum nanti dianggap busy body pulak.
Syukur.Syukur ke hadratNya. Atas izin dan rahmatNya jua kontrak shuk disambung.
Penantian shuk selama hampir 7 bulan akhirnya terjawab.Seksa yang ditanggung dengan tiga kali pembedahan dan 7 bulan tanpa pendapatan hanya Allah yang mengetahui.Peritnya merayu dan berusaha hanya beliau yang merasai.
Semoga selepas ini shuk lebih tabah dan berfikiran terbuka untuk menceburi bidang perniagaan pula. Belajar untuk tidak terlalu bergantung kepada kerja makan gaji. Sebenarnya perniagaan bidang yang lebih membuka peluang untuk cepat berjaya dan maju tanpa perlu bergantung ihsan dan menghadapi karenah birokrasi. Lagipun Allah telah menjanjikan 9/10 daripada rezeki datangnya daripada perniagaan.
Selamat kembali bertugas buat shuk. Tahniah.
Subscribe to:
Posts (Atom)

