Tuesday, March 18, 2008

Astaka Minda - Penulis dan Blog: Trend Masa Kini

Astaka Minda merupakan Siri aktiviti Gerakan Membaca anjuran Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Program Gerakan Membaca melalui program Majlis Bicara Karya mula diadakan sejak 1998. Acara tersebut telah berjaya memperkenalkan tokoh dan penerbitan tempatan yang signifikan dalam pembinaan negara bangsa Malaysia dan tamadun masa kini kepada masyarakat umum. Mulai tahun 2008, majlis tersebut telah diubahsuai dan dinamakan Astaka Minda yang bertujuan;
  • Membina suasana dan persekitaran ke arah menggalakkan minat membaca dan mencintai ilmu.
  • Membina ketajaman minda melalui diskusi secara segar dan berketerampilan.
  • Memberi impak kepada perubahan semasa ke arah mencorakkan masyarakat berilmu.
  • Mencakupi apresiasi pelbagai bidang ilmu melalui media elektronik.


PERCUMA!!

Semua dijemput hadir:

"Penulis dan Blog: Trend Masa Kini"
Pengerusi:
Shamsudin Othman
Pensyarah UPM
Panel:

22 Mac 2008(Sabtu) 9.00 pagi

Dewan Seminar, Aras 2,
Menara Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur

Hubungi :Encik Nik Aman Nik Yusoff (03-21481045)/
Encik Hiezam Hashim (03-21483540)

2 comments:

Unknown said...

Macam bagus la program ni tau?

Bibi said...

program ilmu memang bagus azrin..cuma saya agak azrin di Sabah kan..sayang tak dpt datang..saya takut nak janji tapi hasrat nak kongsi juga apa yang didiskusikan tempohari..InsyaAllah jika kelapangan.