Sunday, March 16, 2008

Hari Pertama Hazim Ke Sekolah



Jumaat, 14 Mac 2008 merupakan hari pertama Hazim (anak sulung) ke sekolah tadika. Sengaja dilewatkan sedikit kemasukannya ke sekolah, bagi peluang dia main puas-puas dengan adik-adiknya serta menonton siaran kartun kegemarannya di saluran Astro 613. Sekolah Tadika Sri Kenari, di Taman Maluri, kaedah Montessori, diajar juga bahasa Mandarin, Arab di samping Inggeris. Pengajaran quran Iqra' pun tidak ketinggalan.Harapan mama agar Hazim dapat berdikari, walaupun baru berumur 4 tahun, namun pada era mencabar ni mama nak Hazim tidak ketinggalan dalam aspek pelajaran, pergaulan mahupun aspek yang paling penting, iaitu agama.

Waktu pagi, terpaksa pujuknya dengan mandi air panas, kalau tidak mahu bengkak mata menangis enggan mandi.Ye lah, biasa bangun dan mandi sekitar 9 pagi, tup-tup 6 pagi dah dikejutkan mahunya tak mengamuk. Nasib baik malamnya dah dipujuk-pujuk, tunjukkan begnya yg diisi baju, tuala, syampu dan berus gigi. Pagi tu bila tunjuk je beg sekolah selepas mandi, mukanya tersenyum dan nampak bersemangat nak ke sekolah. Dalam kereta pun senyum saja, sampai di sekolah, kebetulan cikgunya dah siap berdiri depan pintu menyambutnya, tanpa sebarang masalah, dia senang je masuk dan melambai tangan. Senang hati mamanya.

Petang, sekitar 5 petang mama jemput Hazim, dah siap mandi, rambut pun masih basah. Sama seperti waktu paginya, senyum je, cikgu melaporkan, Hazim tiada masalah, cuma 'sukar' nak dengar 'suara'..alahai sejak bila pulak anak teruna mama ni jadi pemalu dan pendiam..Apa pun syukurlah sebab Allah beri Hazim kemudahan untuk sama-sama menimba ilmu di sekolah yang mama fikir pilihan terbaik dariNya.InsyaAllah.

4 comments:

Unknown said...

ehh...comelnya budak ni.

Bibi said...

Hee..peel pun comel gak..pagi tadi tiba2 je menangis dan meraung taknak gi sekolah..padahal dah nak masuk simpang ke sekolah ...takut dan pelik gak..mana tau sbb takut ke ape ker...pastu dia ckp kononnya nak gi TESCO (adoii besarnya pengaruh tesco..heee)..nak gi beli kereta.ishk2 pelik..pujuk2 dan gagahkan juga bawa ke sekolah..cikgu dia pujuk2 pasal nak tunjuk kereta..alih2 ok...Alhamdulillah.

Unknown said...

Semua gambar cute children dalam blog ni anak awak ke bibi? sorry soalan over sikit ye.

Bibi said...

ya azrin, ketiga2nya anak saya.Tu pun rasa tak cukup lagi..heee