Saturday, September 13, 2008

Bukan Sekadar Simpati (4)

Alhamdulillah, berkat bulan yang mulia ini, ada perkhabaran baik buat Shuk.
Petang Jumaat, dapat berita bahawa kontrak kerja Shuk disambung bagi tempoh setahun, berkatkuasa Isnin 15.9.2008 . Sebenarnya sebelum tu dah tahu, sebab kebetulan semasa masuk bilik bos, terpandang surat sambung kontrak tu, tapi diamkan saja almaklum nanti dianggap busy body pulak.
Syukur.Syukur ke hadratNya. Atas izin dan rahmatNya jua kontrak shuk disambung.
Penantian shuk selama hampir 7 bulan akhirnya terjawab.Seksa yang ditanggung dengan tiga kali pembedahan dan 7 bulan tanpa pendapatan hanya Allah yang mengetahui.Peritnya merayu dan berusaha hanya beliau yang merasai.
Semoga selepas ini shuk lebih tabah dan berfikiran terbuka untuk menceburi bidang perniagaan pula. Belajar untuk tidak terlalu bergantung kepada kerja makan gaji. Sebenarnya perniagaan bidang yang lebih membuka peluang untuk cepat berjaya dan maju tanpa perlu bergantung ihsan dan menghadapi karenah birokrasi. Lagipun Allah telah menjanjikan 9/10 daripada rezeki datangnya daripada perniagaan.
Selamat kembali bertugas buat shuk. Tahniah.

3 comments:

Anonymous said...

perniagaan yang macam mane yg hasilnyan 100% halal di sisiNya

Sifu Mirza said...

salam eid al mubaraq bibi & famili,

apa khabar?
moga terus hebat & ceria hendaknya..

wasalam

Anonymous said...

Khabar baik..Alhamdulillah. Terima kasih atas ingatan dan doa sifu.